Tuesday, November 3, 2009

KELAS KOMPUTER PELAJAR TAHUN 6

Bermula pada 21 Oktober yang lalu,Unit ICT Sek. Keb. Sultan Ibrahim 3 (SKSIT), Pasir Mas telah mengadakan sesi pengajaran serta pembelajaran komputer untuk pelajar Tahun 6. Tujuan program berkenaan diadakan bagi melahirkan pelajar yang celik minda serta berminat dengan IT.

Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan lagi penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)dikalangan para pelajar.Program yang dijangka akan berakhir hingga akhir sesi persekolahan 2009 ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar.

Pada peringkat permulaan para pelajar diajar dengan komponen utama bagi sesebuah komputer, carian gelintar (search engine) dan juga pengenalan kepada internet. Mereka turut berpeluang untuk mencipta / membuat akaun email masing-masing.Ada juga dikalangan guru pengiring kelas yang turut serta dalam sesi pembelajaran berkenaan turut sama belajar dan berjaya membuat akaun email.

Monday, October 12, 2009

PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN (Tutor.Com)

Pembelajaran dan Penilaian Online Tutor.Com.My menyediakan banyak maklumat tambahan tentang subjek-subjek termasuk ribuan soalan latih tubi. Nota-notanya ringkas dan padat serta senang diingat.Meliputi soalan-soalan dari peringkat UPSR hingga ke STPM.Soalan-soalan yang disediakan juga meliputi pelbagai topik/tajuk, termasuk ujian secara online. Ini banyak melatih pelajar-pelajar mahir dalam teknik-teknik menjawab sebagaimana yang dikehendaki oleh soalan.

Guru-guru juga boleh mendapatkan Rancangan Mengajar Tahunan untuk tahap UPSR, PMR, SPM dan STPM yang lengkap.Semua rancangan mengajar tersebut disediakan oleh guru-guru pakar dan Guru Jurulatih Utama.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.tutor.com.my/tutor

Sunday, September 27, 2009

VIRUS H1N1

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan ini juga belum ada. Keadaan yang tidak terkawal ini akan menyebabkan kejadian kes-kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

GOLONGAN YANG BERISIKO TINGGI UNTUK DIJANGKITI H1N1
a. Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun
b. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
c. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
d. Wanita mengandung
e. Pesakit asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti diabetes mellitus
f. Individu yang mempunyai daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
g. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

CARA VIRUS INI MEREBAK.
a. Melalui titisan cecair - yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin.
b. Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

LANGKAH PENCEGAHAN
a. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
b. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam c. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat.
d. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain.
e. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
f. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
g. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

Untuk maklumat lanjut sila layari http://h1n1.moh.gov.my/

Sunday, September 13, 2009

PROGRAM ZOOM A

Program Zoom-A merupakan gedung e-Pembelajaran yang eksklusif dan efektif. Kelebihannya adalah sebagai gedung soalan klon peperiksaan tahun-tahun lepas, soalan praktis pengukuhan dan sumber pengayaan pembelajaran terkini. Zoom-A boleh dilayari di internet.

Pelajar boleh memilih soalan mengikut sukatan pelajaran seperti tahun atau tingkatan, subjek, bahagian peperiksaan, tajuk besar, tajuk kecil, dan aras kesukaran. Pemantauan secara praktis oleh ibu bapa boleh dilakukan dengan cara yang begitu mudah. Ibu bapa boleh mengetahui pencapaian markah anak-anak, topik praktis, tarikh dan masa (termasuk tempoh masa) praktis, serta membuat semakan praktis.

Untuk maklumat lanjut boleh layari di http://www.zoom-a.com

Tuesday, September 8, 2009

PROGRAM SCHOOLNET

SchoolNet ialah pendekatan baru dalam sistem pembelajaran di sekolah dengan penyediaan kemudahan belajar tanpa sempadan yang melangkaui bilik darjah biasa. Ia melibatkan penyediaan akses Internet untuk 10,000 buah sekolah di seluruh negara.

MANFAAT SCHOOLNET
Rangkaian Internet jalur lebar SchoolNet membolehkan pelajar:
* menimba ilmu dari seluruh dunia
* untuk mendapatkan maklumat dari sumber di dalam mahupun luar negara
* mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif
* membolehkan para pelajar berkenalan dengan kawan-kawan baru menerusi e-me
* para guru berpeluang mencuba pelbagai kaedah mengajar yang baru
* prasarana SchoolNet adalah untuk semua pelajar di sekolah rendah dan menengah

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.schoolnet.my/