Sunday, September 27, 2009

VIRUS H1N1

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan ini juga belum ada. Keadaan yang tidak terkawal ini akan menyebabkan kejadian kes-kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

GOLONGAN YANG BERISIKO TINGGI UNTUK DIJANGKITI H1N1
a. Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun
b. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
c. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
d. Wanita mengandung
e. Pesakit asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti diabetes mellitus
f. Individu yang mempunyai daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
g. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain

CARA VIRUS INI MEREBAK.
a. Melalui titisan cecair - yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin.
b. Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.

LANGKAH PENCEGAHAN
a. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
b. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam c. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat.
d. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain.
e. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
f. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
g. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian

Untuk maklumat lanjut sila layari http://h1n1.moh.gov.my/

No comments:

Post a Comment